Friday 14 December 2012

nukilan dimalam hari ..


Assalamualaikum ..
Apa khabar kalian disana ? Semoga kebaikan dan kebahagiaan mengiringi kehidupan kalian semua .
Insyaallah , amin .. :)
Alhamdulillah , tarikh keramat yang dinanti-nantikan selama ini .. telah pun berlalu .
Tarikh apa ?? Tarikh kawen ?? Tunang ??
Bukan , semua jawapan diatas tak betul .
121212 - tarikh befday nana .
Cantik kan tarikhnya ?
Syukur alhamdulillah , Allah masih mengizinkan nana untuk berada diatas muka bumi ni .
Untuk menghirup udara segar , menikmati kurniaanNYA yang sungguh tak terkira .
Dan tarikh tu , hanya berlaku sekali seumur hidup .
Terima kasih Ya Allah .
Kerana melakarkan tarikh dan kenangan yang cukup indah dalam hidup ku . :')
Terima kasih untuk mereka-mereka yang dah ucap .
Terima kasih untuk titipan doa kalian untuk nana .
Semoga , Allah memberi yang terbaik juga untuk kalian .

Ada yang bertanya , takde yang special ke ?
Hurmm , kalau nak kata celebrate dengan someone special .. memang takdela .
Tapi , celebrated dengan rakan-rakan seofis pun .. besshh juga .
Thanks untuk mereka-mereka yang wish kat ofis tu .
Then , menjelang nak balik keje .. ada acara potong-memotong kek .
Yang bagi present pun , terima kasih sangat-sangat .
Even simple , tapi cukup-cukup bermakna .
Mmmuaah ! Sayang korang .. ^_^

(12/12/1989 - 12:50am) -> lahirnya puteri sulung bagi pasangan Bakhtar dan Efni .
Sakitnya mama tanggung disaat kelahiran nana .
Apabila telah selamat dilahirkan , sudah semestinya mama papa gembira .
Tetapi , mereka runsing . Runsing tatkala puteri yang baru dilahirkan tidak menangis .
Nampak tak ? Kecik-kecik pun dah degil taknak menangis . :)
Selepas doktor pukul punggung saya , barulah nana menangis .
Macam-macam dugaan , macam-macam keletah nana yang boleh buat orang menangis dan ketawa .
Dibesarkan dalam keadaan yang sederhana , namun kasih mama dan papa sungguh melimpah ruah untuk nana , dan kami adikberadik .
Mereka tak pernah mengeluh , tak pernah ada istilah penat untuk melayani keletah anak-anaknya , dan mereka tak pernah jemu untuk mendengar berita kami adikberadik .
Syukur , kasih sayang mama papa tak pernah luntur walaupun kami dah besar panjang .
Semoga , hubungan kekeluargaan ini kekal abadi till jannah .. amin . :)

Mama ..
Terima kasih nana ucapkan , untuk segala-galanya .
Untuk kasih sayang dan cinta yang mama curahkan untuk nana , dan kami adikberadik .
Terima kasih untuk masakan , dan untuk suapan yang mama beri pada kami dari baby hingga dewasa kini .
Kerana mamalah CHEF yang terhandal untuk kami .
Terima kasih untuk belaian dan sentuhanmu mama .
Kerana setiap belaian dan sentuhan mama , bagai air mengalir dalam hati kami.
Sejuk , tenang dan damai ..
Terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia dan menjadi kaunselor yang terhebat .
Terima kasih kerana menjadi 'doktor' disaat kami sakit .
Terima kasih kerana mama bersabar dengan kerenah kami .
Terima kasih untuk segala-galanya mama .
Tak termampu dan tak terbayar segala yang telah mama curahkan pada kami .
* Ma , terima kasih sebab sudi jaga nana . Nana yang banyak sangat penyakit . Dari kecil sampailah dah besar ni . Now , dah sampai masanya nana simpan segala penyakit yang ada . Dah sampai masanya nana jaga mama , dan juga papa . Kerana itulah cita-cita nana . Menjaga mama , papa hingga akhir hayat nana .

Papa ..
Terima kasih juga untuk segala-galanya ..
Untuk kasih sayang yang papa beri .
Walaupun papa tak zahirkan kasih sayang tu , kami tahu dan kami faham .
Kami nampak dari mata papa , kasih sayang yang sangat melimpah ruah untuk kami .
Terima kasih kerana menjadi pelindung kami .
Kerana sesungguhnya , setiap AYAH pasti akan melakukan hal yang sama .
Terima kasih kerana menjaga kami .
Terima kasih kerana papa kuat .
Kuat untuk mencari rezeki , untuk diberi kepada kami .
Untuk memberi didikan yang sempurna pada kami .
* Love u mama papa , kerana mama papa insan yang teristimewa buat kami . Terima kasih kerana tak memanjakan kami , kerana kalau tidak .. mungkin kami akan jadi orang yang malas . Malas untuk berusaha . Malas untuk berdikari . Dan dah tiba masanya , kami pula berusaha .. Untuk memberi yang terbaik kepada mama , papa .

Lastly , terima kasih untuk mereka yang membimbing , yang menghina ..
Kerana itu menjadikan nana lebih kuat .
Kuat demi mama , papa dan FAMILY .
Terima kasih sebab sudi singgah kat sini .
Sayang semua .. :)
Assalamualaikum ..
121212 :


* yang coklat tu , adik angkat bagi . yang box dengan paper tu , bestfriend satu ofis bagi .
thanks so muchh , terharu sangat-sangat . apa dalam box tu ??


*ni lah yang ada dalam box tu . thanks CIN YI .. pagi2 masuk keje , memang dah ada atas meja . memang terkejut sangat-sangat . bila tengok initial name , baru tau sape yang letak . ^_^


*time nak potong kek pun sempat lagi berposing .. :)


*befday girl !! dikegelapan hari dalam pantry .. :)


*nana hanya cabut lilin tu je , yang tolong potong kek tu orang lain .. nana tak reti potong kek , percaya tak ?? haha .. ^_^


*muka yang tersangat ceria dipagi hari 121212 .. :)


                                                                                                                                 +aDiAnAnA NaNa+

No comments:

Post a Comment