Thursday 28 July 2011

KOALA BEAR = KEPALA BESAR ???

Assalamualaikum semua ..
Nana nak share story ni .. Bila ingat benda ni , rasa nak gelak guling2 .. Kerana kesalahan diri sendiri .. :))
Benda ni jadi kat nana .. Raya 2 tahun lepas kot .. 
Time tu perjalanan dari seri kembangan nak ke kluang .. 
Pukul 3 pagi tu , berhenti kat hentian pagoh .. 
Ayah nana memang suka berhenti kat sini kalau ke kluang .. Nak dijadikan crite .. 
Nana , mama n adik pergilah ke tandas .. 
Dengan mata yang kuyu2 dan mamai sebab baru bangun tido .. 
Masuk tandas bergilir2 sebab nak jaga beg mama .  
Bila nak keluar je kat tandas je , nana ternampak satu benda ni .. 
Pe dia ??? Bukan hantu tau .. Tapi , tempat persalinan baby yang de kat tandas tu .. 
Nana pun cakap dengan mama  .. " Mama , kepala besar tu pe eh ??? " .. 
Mama  pun mencari perkataan yang nana sbut tu ..
Lepas tu , mama n adik nana tu bantai gelak .. 
Mama cakapla " Akak , mana yang akak kata kepala besar tu ?? " . Nana pun tunjukla tempat khas untuk baby tu .. 
Then mama cakap kat nana , " Kak , cuba akak bukak mata tu besar2 sikit .. Tu bukan kepala besarla .. Tu koala bear ..."
Lepas nana buka mata seluas2nya , barula nana nampak perkataan yang sebenar .. 
Perrgghh , malu gila yang tak terkata .. Makcik cleaner tu boleh pandang nana .. 
Sudah tentula die dengar pe yang nana cakap tu .. 
Aduyaiii , malu gile .. tak tau nak letak muka kat mane .. 
Nana pun ajak mama n adik keluar dari tempat tu .. 
Merah sudah pipi nana .. Nak cover malula tu .. 
Then , kami singgah kat food court ..
Mama dengan selambanya pergi cerita kt abang long  peristiwa kat tandas tu .. 
Then , abang long boleh bantai gelak .. Nasib bukan kat rumah time tu .. Kalau x , memang abang nana tu da gelak guling2 da ..
Aduh , malu2 .. Kne bahan lg nana .. 

Nak tau pe yang abang long nana cakap ?? Die ckp , " wei dik , kau ni xsekolah tadika ke dulu ??  Ke ko ni belajar bahasa lain dulu ?? " .. 
Dengan selambanya nana balas balik " Nana dulu belajar bahasa sepanyol .. xtau ke .. "
Haiisyy , setahun nana kena bahan sebab benda ni .. Malu2 .. haha .. :)
Tapi , sampai skang ni kami masih lagi gelak berdekah2 bila ingat benda ni ..
Rasanya sampai sini story nana .. 
Insyaallah , next time kala de masa n story .. nana update lagi ..
Assalamualaikum semua .. :))

Tuesday 26 July 2011

TERIMA KASIH

Ucaplah terima kasih pada orang yang cuba menjatuhkan hidupmu , kerana ianya akan mengajar kamu erti kesabaran .
Ucaplah terima kasih pada orang yang tak menghargai segala pengorbananmu , kerana disitu kita tau betapa kita tidak diperlukan lagi dalam hidup mereka .
Ucaplah terima kasih pada orang yang memberikan kata2 nista , kerana disitu kita dapat fahami perangai2 manusia dan ianya membina kekuatan dalam diri kita untuk berdepan dengan orang2 yang sebegini .
Ucaplah terima kasih pada orang yang membuat fitnah terhadapmu , kerana disitu mengajar kita erti kehidupan .
Ucaplah terima kasih pada orang yg meninggalkan kamu disaat kamu memerlukan mereka , kerana disitu mengajar kita agar lebih berhati2 ..
Sahabat yang baik , tidak akan berada disisi kita disaat senang dan gembira sahaja , malah mereka akan teguh berdiri disisi kita tika kita susah dan berduka . Itulah sahabat sejati ..
Tak selamanya kita akn berada diatas , kerana hidup ini umpama roda .
Hari ni kita diatas , esok lusa belum pasti lagi ..
Dan , jangan bangga apabila kita diatas , kerana kita tidak tau bahagian kita bagaimana pula .
Jangan terlalu bangga untuk menghina orang lain , kerana andai salah cara .. kelak , semua itu akan berbalik pada kita ..
Jangan terlalu bangga untuk menganiaya org lain , kerana doa orang yang teraniaya dimakbulkan .
Kesenangan yang datang , takkan selamanya ..
Begitu juga dengan kesusahan yang menimpa , ianya takkan berpanjangan .
Bersyukurlah dengan nikmat yang diberi sebelum semuanya hilang .
Dan , gunakanlah nikmat yang diberi dengan sebaik2nya ..
Insyaallah , amin .. :))

Friday 22 July 2011

CiNtA - CiNtA - cInTa

'Cinta sebati dalam jiwa ,
 Cinta menghancur jiwa raga ,
 Cinta mengindahkan semua ,

 Apakah sebenar erti cinta ??
 Cinta titiskan air mata ,
 Cinta memutuskan saudara ,
 Cinta senyum gelak ketawa ,
 Tiada dinafikan cinta ..
 Dikala hangatnya cinta ,
 Dunia itu indah ,

 Kala mimpi hancur lebur ,
 Harapan nyawa terkubur ..
 Mengapa , Dimana ,

 Apa , Siapa ,
 Dapat menduga ,
 Datangnya dan pergi ..
 Kurniaan Ya Rab itu indah ,
 Walau kadang mampu meluka ,
 Pelengkap jasad yang bernyawa ,
 Tak dapat dinafi hadirnya .. '


kiri kanan , depan belakang ..
isu ni xpernah hilang ..
xpernah lapuk ..
hurmm , benda ni xcomplicated ..
tapi , kitalah yang mengcomplicatedkan benda ni ..
kadang2 , da de depan mata ..
tapi , sebab kita ni memang suka mencari sesuatu yang xpasti ..
so , yang dikendong berciciran ,
yang dikejar xdapat ...
haa ... diri sendiri gak yang rugi ..
de pulak tu , da de bf/gf ..
still meng ' ayat ' orang lain ..
nape eh jd macam ni ??
aku selalu dengar orang cakap ..
" hargailah orang yang menyayangi kita , kerana belum tentu orang yang kita suka tu .. menyayangi kita "
hurmm , cinta + cinta + cinta ..
pe2 pun , snyum slalu .. :)