Saturday 27 August 2011

KU HARAP CINTA

Ku harap , 
Kau cuba memahami ..
Luahan hati ini ,
Yang ingin dicintai ..


Ku harap ,
Kau dapat menghayati ,
Sentuhan jiwa ini ,
Yang ingin disayangi ..


Tiada balasan ,
Yang ada hanyalah alasan ,
Tiada jawapan ,
Yang ada hanyalah persoalan ..


Dimanakah kejujuran ?
Dimanakah ketulusan ?
Dimanakah keikhlasan ?
Dimanakah kejujuran ??


Kerana Tuhan ,
Hanya mahukan ,
Kejujuran , keikhlasan .. cinta ..


Ku harap , 
Kau dapat menghayati ,
Sentuhan jiwa ini ,
Yang ingin disayangi ..


Ku harap , 
Kau cuba memahami ,
Luahan hati ini ,
Yang ingin dicintai ...


Ku harap ,
Kau dapat menghayati ,
Sentuhan jiwa ini ,
Yang ingin disayangi ..



Dimanakah kejujuran ?
Dimanakah keikhlasan ?
Dimanakah ketulusan ?
Dimanakah keikhlasan ??


Kerana Tuhan ,
Hanya mahukan ,
Kejujuran , keikhlasan .. cinta ...


- mencari cinta yang sejati , memang susah ..  
  bagi sesiapa yang da temui ' teman sejati ' , hargailah dan jagalah dengan sebaik mungkin ..
  fahamilah setiap bait2 lirik lagu kt atas ..
  smile .. :) -

Monday 22 August 2011

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Thursday 18 August 2011

SEHARI YANG MEMBAHAGIAKAN DALAM HIDUPKU ..

17 - ogos - 2011 , adalah hari yg paling m'bahagiakan aku . Dpt keluar b'sama-sama dgn adik ku , adik angkat ku , dan sahabat yg t'syg ( Fizza & Nabilah ) .. Mmg happening giler .. Hehe ..Dlm pjalanan nk ke sunway , Nabilah dan 'tunangnya' bermesra2 di hadapan kitorang .. B'sayang2 la pulak .. Then kitorang perli blik kt blkg .. Hehe .. Jgn mrh ye nabilah .. Gurau je .. Gurau tu kan kemesraan , bak kata kau la .. 
Sampai di sunway , tsesat2 .. Nabilah ni sibok nk main ice skating .. Tp , xdpt main pun sbb tutup .. Kesian membe aku tu .. :) Lain kali kita dtg lagi ye babe ..
Kami melepak dkt mc'd dr pukul  6 .. Penat sangat nk bjalan .. So , tggu2 la time utk berbuka puasa .. Sambil2 tu , tggu adik angkat ku si adik kechik .. Lepak kt mc'd tu sampai pukul 8 . Lamanya .. :)
Then , kami b'jalan2 .. Meronda2 sambil ambik gmbr dgn pelbagai aneka ragamnya dan posing sakan .. Mmg happening giler .. Dpt b'kumpul dgn sahabat2 t'syg .. Sekepala lak tu .. Mmg xbleh blah .. Gelak sampai xingat dunia betul .. Hehe ..
Buat yg datang bercouple tu , untungla sbb bleh b'kepit .. :)
Aku dgn Fizza ni , jalanla b'dua .. Haha .. Smua org pndg pelik je .. Tp , de aku kisah ke ???
Utk sahabat2 ku , thankz sbb sudi keluar sama2 .. Insyaallah , pnjg umur .. kita jmpe lg ya ?? Best sgt2 dpt kumpul sama2 ..  Gmbr xdpt nk upload la , sbb besar sgt .. Aku upload kt fb je la eh ?? Love u all !! 
Tu je bebelan aku utk ari ni ..
                                                                                                                 - DiAnA DeSiTa - 

Thursday 4 August 2011

- SAHABAT TERBAIK KU -

Inilah sahabat2 sejati ku . Yang menemani nana saat nana gembira , bergelak ketawa .. dan tak lupa juga saat nana susah , sedih dan berduka ..


HAFFIZZA
 Kecik je orangnya .. Masih study dekat uitm ..
Kitorang kenal time sama2 kerja kt 7eleven taman equine .. First time aku jumpa dengan dia ni , aku bengang sangat2 .. Nak tau kenapa ?? Sebabnya , dah la keje satu shift .. Tapi , nana ni macam bercakap dengan tunggul lak .. Seriously , mmg nana dah decide untuk berhenti keje .. Muka ketat lak tu .. Tapi , sebelum balik keje tu dia mintak maaf .. Dia ceritalah dekat nana kenapa dia macam tu .. Owwhh , ok2 .. So , keputusan untuk berhenti , ditarik balik .. :)
Kami berkawan dah setahun 6 bulan .. Walaupun baru , kami ni banyak berkongsi pendapat , nasihat , dan juga rahsia ..
Ramai yang xsangka nana boleh berkawan dengan dia .. Tapi , nana hanya tersenyum dekat diorang .. Kami memang sekepala .. Time nana senang , dia bersama nana .. Dan saat nana menangis , dia kongsikan bahunya untuk nana .. Senang cerita kami susah dan senang bersama2 .. 
Saya SAYANG sangat2 dekat awk !!! Hope , persahabatan kita ni .. kekal hingga akhir hayat kita ..
Jangan marah eh ??? Luahan semata2 ..


 NABILAH
Sahabat nana yang kedua .. Nabilah binti mohd nor
Kami satu sekolah .. Sekolah pe ?? Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Batu 14 ..
Dari form 1 sampailah ke form 5 , kitorang satu kelas .. Memang perangai gila2 sangat yang kitorang buat ..
Tiru meniru untuk homework , tidur dalam kelas .. memang kamilah orangnya .. Hehe ..
Dia ni suka panggil nana dengan nama panggilan ' Diyan ' .. :)
Dia ni pandai gila subjek sejarah .. Kitorang semua xsuka subjek tu , dia sorang je yang sentiasa score subjek tu .. So , kalau de homework , ' copy n paste ' je ayat dia .. Thats whyla semua jawapan sama .. :)
Dia ni memang minat gila dengan novel .. So , kami berkongsi hobi .. Sebab tu la , ayat kami ada yang berbunga2 .. Hehehe .. Now , kami berjauhan .. Dia dok kt beranang .. Nana dekat seri kembangan ..
Bila nak jumpa ni ??? Nana dah rindu Bella sangat2 .. Dah 5 tahun kot kita tak jumpa .. Bella xrindu nana eh ??? Hurmm .. Hope , kita dapat jumpa dan berkongsi perangai gila2 tu lagi ..
SAYANG Bella juga !!!


NUR AMALINA
Yang ni lak si budak kecik + tembam !!! Plus , kembar tak seiras nana .. Hehe ..
Ni lah adik nana yang sangat2 nana SAYANG .. Nana dah takde adik lain dah .. Even kami selalu bergaduh2 , masam muka .. tapi , jauh kat sudut hati nana , nana  SAYANG dia ..
Dia ni jugak sahabat nana yang terdekat .. Kami banyak berkongsi cerita , rahsia .. Dia baru balik dari kem PLKN .. Sedih je time dia takde .. Even nana selalu usik dia , nana cakap seronok dia takde dekat rumah .. hurmm .. 
Adik , akak doakan yang terbaik untuk kehidupan adk .. Jadilah insan yang berguna .. Jangan pandang dan jangan dengar setiap kata2 yang menghina adik , yang memandang rendah pada adik .. Janji , hanya kita je yang tahu kebenarannya .. So , smile always k ??? Just cakap dekat orang2 yang macam ni .. ' TALK TO MY HAND !!! ' .. Semoga kita terus menjadi ' kembar tak seiras ' .. Hehehe .. :)
Dan akak akan pinjamkan bahu akak ni untuk adik disaat adik memerlukannya .. :)


FERI a.k.a AYIE YOYIE
Nana panggil dia ni Feri .. Satu2nya sedara laki yang rapat dengan nana .. Yang sekepala dengan nana .. Masih study kat uiam dalam bidang sains politik .. Ayah dia ni suke panggil nana ' Dayana Papilaya ' .. Maksudnya ?? Entah , nana pun tak tahu ..
Even dia ni muda dari nana , dia tak lokek untuk memberi nasihat , tunjuk ajar .. Kampung kami kat indonesia .. So , what ??? Ada problem ??? Time nana berdepan dengan musibah tahun lepas , yang tak pernah nana jangkakan akan berlaku kat diri nana , dialah yang banyak bagi dorongan .. Memang nana down gila time tu ..
Feri , thankz sebab banyak bagi support kat nana .. Ingat pesan nana ok ??
Jangan de yang jeles melihat keakraban kami .. Kerana kami hanya sedara rapat .. Lastly , untuk Feri : sori sangat2 sebab dah mengambik pic ni .. Jangan marah eh ??? ;)


KAK MIERA
Dulu kitorang satu tempat keje .. Keje kat VPI .. Leader nana yang baikhati , garang la jugak , dan yang paling penting kami pun sekepala gk .. Memandangkn nana ni takde akak , nana da anggap sebagai  ni akak kandung nana .. Just pinjaman semata2 .. Hehe .. :)
Nana ingat lagi time keje kt VPI dlu .. Bila shift malam je , mulalah kemerengan kami  terserlah .. Kami rehat dan makan sama2 .. Yang ni pun dah lama tak jumpa gak .. Dah dekat dua tahun .. 
Kami suka dengar lagu = Rimas + Hot & cold + Tatto dan apa eh ??? Banyak xterkata .. :) Hurmm ..
Akak , thankz sebab jadi sahabat terbaik adik .. Adik SAYANG akak sangat!!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sekian , itu saja cerita nana .. 
Untuk sahabat2 yang t'senarai diatas , jangan marah ye ?? Maaf kalau mengguris hati korang .. Nana perlukan korang dalam hidup nana .. Tiap kali nana terjatuh , bantulah nana .. Tiap kali nana menangis , pinjamkan bahu untuk nana .. Dan , tiap kali nana gembira .. nana akan pastikan korang disamping nana ..  Nana doakan persahabatan kita kekal untuk selama2nya .. Kerana nana memerlukan korang sangat ..
Love u all so much !!!!
Dah letih tangan ni menaip .. Baiklah , sampai sini dulu story nana ..
Thankz coz sudi membaca ..
Assalamualaikum .. :))