Friday 14 December 2012

nukilan dimalam hari ..


Assalamualaikum ..
Apa khabar kalian disana ? Semoga kebaikan dan kebahagiaan mengiringi kehidupan kalian semua .
Insyaallah , amin .. :)
Alhamdulillah , tarikh keramat yang dinanti-nantikan selama ini .. telah pun berlalu .
Tarikh apa ?? Tarikh kawen ?? Tunang ??
Bukan , semua jawapan diatas tak betul .
121212 - tarikh befday nana .
Cantik kan tarikhnya ?
Syukur alhamdulillah , Allah masih mengizinkan nana untuk berada diatas muka bumi ni .
Untuk menghirup udara segar , menikmati kurniaanNYA yang sungguh tak terkira .
Dan tarikh tu , hanya berlaku sekali seumur hidup .
Terima kasih Ya Allah .
Kerana melakarkan tarikh dan kenangan yang cukup indah dalam hidup ku . :')
Terima kasih untuk mereka-mereka yang dah ucap .
Terima kasih untuk titipan doa kalian untuk nana .
Semoga , Allah memberi yang terbaik juga untuk kalian .

Ada yang bertanya , takde yang special ke ?
Hurmm , kalau nak kata celebrate dengan someone special .. memang takdela .
Tapi , celebrated dengan rakan-rakan seofis pun .. besshh juga .
Thanks untuk mereka-mereka yang wish kat ofis tu .
Then , menjelang nak balik keje .. ada acara potong-memotong kek .
Yang bagi present pun , terima kasih sangat-sangat .
Even simple , tapi cukup-cukup bermakna .
Mmmuaah ! Sayang korang .. ^_^

(12/12/1989 - 12:50am) -> lahirnya puteri sulung bagi pasangan Bakhtar dan Efni .
Sakitnya mama tanggung disaat kelahiran nana .
Apabila telah selamat dilahirkan , sudah semestinya mama papa gembira .
Tetapi , mereka runsing . Runsing tatkala puteri yang baru dilahirkan tidak menangis .
Nampak tak ? Kecik-kecik pun dah degil taknak menangis . :)
Selepas doktor pukul punggung saya , barulah nana menangis .
Macam-macam dugaan , macam-macam keletah nana yang boleh buat orang menangis dan ketawa .
Dibesarkan dalam keadaan yang sederhana , namun kasih mama dan papa sungguh melimpah ruah untuk nana , dan kami adikberadik .
Mereka tak pernah mengeluh , tak pernah ada istilah penat untuk melayani keletah anak-anaknya , dan mereka tak pernah jemu untuk mendengar berita kami adikberadik .
Syukur , kasih sayang mama papa tak pernah luntur walaupun kami dah besar panjang .
Semoga , hubungan kekeluargaan ini kekal abadi till jannah .. amin . :)

Mama ..
Terima kasih nana ucapkan , untuk segala-galanya .
Untuk kasih sayang dan cinta yang mama curahkan untuk nana , dan kami adikberadik .
Terima kasih untuk masakan , dan untuk suapan yang mama beri pada kami dari baby hingga dewasa kini .
Kerana mamalah CHEF yang terhandal untuk kami .
Terima kasih untuk belaian dan sentuhanmu mama .
Kerana setiap belaian dan sentuhan mama , bagai air mengalir dalam hati kami.
Sejuk , tenang dan damai ..
Terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia dan menjadi kaunselor yang terhebat .
Terima kasih kerana menjadi 'doktor' disaat kami sakit .
Terima kasih kerana mama bersabar dengan kerenah kami .
Terima kasih untuk segala-galanya mama .
Tak termampu dan tak terbayar segala yang telah mama curahkan pada kami .
* Ma , terima kasih sebab sudi jaga nana . Nana yang banyak sangat penyakit . Dari kecil sampailah dah besar ni . Now , dah sampai masanya nana simpan segala penyakit yang ada . Dah sampai masanya nana jaga mama , dan juga papa . Kerana itulah cita-cita nana . Menjaga mama , papa hingga akhir hayat nana .

Papa ..
Terima kasih juga untuk segala-galanya ..
Untuk kasih sayang yang papa beri .
Walaupun papa tak zahirkan kasih sayang tu , kami tahu dan kami faham .
Kami nampak dari mata papa , kasih sayang yang sangat melimpah ruah untuk kami .
Terima kasih kerana menjadi pelindung kami .
Kerana sesungguhnya , setiap AYAH pasti akan melakukan hal yang sama .
Terima kasih kerana menjaga kami .
Terima kasih kerana papa kuat .
Kuat untuk mencari rezeki , untuk diberi kepada kami .
Untuk memberi didikan yang sempurna pada kami .
* Love u mama papa , kerana mama papa insan yang teristimewa buat kami . Terima kasih kerana tak memanjakan kami , kerana kalau tidak .. mungkin kami akan jadi orang yang malas . Malas untuk berusaha . Malas untuk berdikari . Dan dah tiba masanya , kami pula berusaha .. Untuk memberi yang terbaik kepada mama , papa .

Lastly , terima kasih untuk mereka yang membimbing , yang menghina ..
Kerana itu menjadikan nana lebih kuat .
Kuat demi mama , papa dan FAMILY .
Terima kasih sebab sudi singgah kat sini .
Sayang semua .. :)
Assalamualaikum ..
121212 :


* yang coklat tu , adik angkat bagi . yang box dengan paper tu , bestfriend satu ofis bagi .
thanks so muchh , terharu sangat-sangat . apa dalam box tu ??


*ni lah yang ada dalam box tu . thanks CIN YI .. pagi2 masuk keje , memang dah ada atas meja . memang terkejut sangat-sangat . bila tengok initial name , baru tau sape yang letak . ^_^


*time nak potong kek pun sempat lagi berposing .. :)


*befday girl !! dikegelapan hari dalam pantry .. :)


*nana hanya cabut lilin tu je , yang tolong potong kek tu orang lain .. nana tak reti potong kek , percaya tak ?? haha .. ^_^


*muka yang tersangat ceria dipagi hari 121212 .. :)


                                                                                                                                 +aDiAnAnA NaNa+

Friday 24 August 2012

* SYAWAL TIBA LAGI *

Assalamualaikum semua ..
Wah , lamanya tak mengupdate blog ni .
Dah bersarang-sarang pun ..
Almaklumlah , bzi memanjang .
Sampaikan masa untuk diri sendiri pun tak cukup .
Berakhirnya Ramadhan , kini tibanya Syawal buat kita semua .
Alhamdulillah ..
Syukur , kerana masih diberi kesempatan untuk beraya dengan keluarga dan insan tersayang .
Dalam pada kita bergembira , jangan dilupa pada orang yang kurang bernasib baik .
Keinsafan membalut setiap naluri nana .
Nana bersyukur dengan apa yang nana ada . :))

Tapi kan , raya ni macam ada kekurangan je ..
Tak happening macam raya-raya tahun lepas .
Kalau dulu , kami sama-sama berkumpul buat keje rumah , buat kuih ..
Tapi , memandangkan adik nana tu dah study .. nana pulak keje ..
So , semua pakat-pakat tunjuk-tunjuk je .
Tangkap muat je .. :))
Plan nak balik kampung , entah kemana ..
So , berayalah disini ..
Sedih , semua dok update nak balik kampung bagai , tapi nana ??
Insyaallah , tahun depan harap yang terbaik ..
Amin .. :))

Dalam pada tu , banyak benda yang terjadi .
Perubahan demi perubahan semakin dirasai .
Alhamdulillah , nana dah start keje .
Dapatlah tolong mama papa sikit-sikit , insyaallah ..
Sebab tu makin bzi ..
Makin tak terurus life ni .
Dan alhamdulillah , hubungan nana dengan abang ngah semakin pulih .
Malah , semakin ngam ..
Dia semakin pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan perangai adik-adiknya ..
Dan yang paling penting , dia dah berubah . Kearah yang lebih baik , insyaallah ..
Sekarang ni , kalau nak cerita apa-apa kat dia pun , boleh ..

Menjelang Ramadhan , something happened to me .
Walaupun sebulan berlalu , tapi bila bercakap pasal tu .. nana still menangis .
Namun , demi semua orang .. nana harus kuat .
Ya Allah , rindunya kat dia ..
Menyentuh soal ni , ada orang cakap nana kejam ..
Maaf , nana bukan sengaja nak jadi ' kejam ' macam ni .
Tapi , nana betul-betul tak mampu ..
Cakaplah apa yang korang nak ..
Sebab , hanya mereka yang lalui semua tu je yang tahu dan faham macam mana payah dan susahnya nak berdepan semua ni .

- Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : " Ya Tuhan kami , janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah . Ya Tuhan kami , janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami , janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya . Maafkanlah kami , ampunilah kami dan rahmatilah kami . Engkaulah penolong kami , maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir . " -
(Al-Baqarah : 286) 


Semoga ada sinar yang hadir selepas kelam menyelubungi hari-hari kita .
Apa yang terjadi ada hikmahnya .
Semuanya sudah tertulis di Loh Mahfuz ..
Ianya akan berlaku seperti yang telah tertulis ..
Mengikut waktunya , tidak sedetik terlambat ataupun sedetik tercepat .
Allah Maha Mengetahui . Janji Allah itu pasti .
Bila kita rasa hidup ini sukar , kembalilah ke dalam diri .
Muhasabah diri , insyaallah .. semoga dipermudahkan segala urusan .
Segala yang baik datangnya daripada Allah , yang buruk dan kekurangan datang daripada diri kita sendiri .
 
Maaf andai tersalah kata .
Akhir kata , selamat hari raya semua !!
Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap , segala kekasaran atau keterlanjuran kata dan kelakuan kepada yang mengenali nana ataupun tidak .
Semoga bergembira disamping insan tersayang . :))


Thursday 28 June 2012

persahabatan ..

Assalamualaikum ..
Hurmm , pejam celik pejam celik ..
Rupa-rupanya da habis sem da ..
Cepat kan ?? Rasanya , macam baru semalam daftar n masuk first klas yg memboringkan tu ..
Tau-tau je , da nak exam pun ..

Last kelas ari tu , macam-macam hal yang jadi ..
Busy nak lengkapkan portfolio ..
Assignment yang merapu-rapu tu ..
Serius , tekanan je .. macam nak tercabut kepala nak mikir macam mana nak jawap assignment ngengong tu .. Haha ..
Kan da kena ngengong ! Nape ngengong ??
Ye la , bagi assignment untuk portfolio tu 16/06/2012 .. Then nak kena hantar portfolio tu 23/06/2012 .
Memang mintak kena maki je .. Da la banyak ..
Hentam sajalah , janji siap ..

Alhamdulillah , dengan segala tekanan dan kudrat yang ada .. semua tu settle gak ..
Mengikut tarikh yang diorang nak ..
Nak dijadikan cerita , time nak hantar portfolio tu .. memang kelam kabut .
Da la kejar masa .. Tapi , ada pulak cikgu ni tergedik-gedik buat keje ..
' Helo , nana nak cepat la .. nak kena hantar adik kat TBS lagi ! ' ..
Dalam hati da berbakul-bakul pujian kat cikgu tu .. :)
Lepas je hantar portfolio yang sengal tu , terus berambus dari kolej ..
Taktahan duk lama-lama kat situ ..
Akhirnya , selamat gak hantar my sis even terlambat sikit .. :)

Dalam pada tu , syukur sangat-sangat ..
Sebab , sahabat-sahabat nana masih disisi ..
Susah senang , suka dan duka .. kami tetap bersatu ..
Credit to : Raja Faridatul Haina , Siti Nur Atikah , Siti Nor Azlin ( merekalah tulang belakang nana ) ..
Kalau takde diorang ni , mungkin da lama giveup ..
Tolong menolong tu amalan kami .. :)
Memang best dapat kenal n bersahabat ngan mereka-mereka ni ..
Diorang tak pernah nak berkira ..
Diorang takde nak bertalam-talam ni ..
Mungkin sebab tu , nana lebih senang ngan diorang ni ..
Meluahkan rasa hati pada diorang ..

Raja Faridatul Haina , Siti Nur Atikah , Siti Nor Azlin , Dhia , Miya : ( read this ) ->
Dan , setahun sudah perkenalan kami ..
Even mula-mula tak rapat sangat , tapi kami dapat mesra n rapat macamla skang ni ..
Thankz to all my sayang-sayang ..
Rasa sedih ni , tak terluah ngan kata-kata ..
Hanya air mata yang menceritakan segala-galanya ..
Sedih bila ingat kenangan-kenangan kita ..
Korangla pendorong nana , penasihat nana , dan juga peneman yang setia ..
Time nana sedih , korang setia disisi nana .. Korang cuba hepikan nana ..
Sebab tu bile ngan kalian , takde rasa kosong yang mampu menjengah .. :)
Time nana down , korang bagi nasihat ..
Korang sabar dengar luahan nana , then nana pun bersabar atas ceramah yang berjela-jela tu ..
Time nana susah , korang still disisi nana ..
Yes , korang sahabat dunia akhirat nana ..
Moga-moga persahabatan kita bukan hanya setakat disini je ..
Yang nana harapkan , kita dapat bersahabat hingga akhir hayat kita ..
Insya Allah , amin ..
Nana rindukan korang ..
Rindukan gelak tawa , perangai gile-gile korang ..
Hope , korang tak lupakan nana ..
Thankz for everything ..
Dan nana mintak maaf andainya korang ada terasa hati ngan nana ..
Kita manusia , tak lari dari melakukan kesilapan kan ??
Mudahnye air mata ni mengalir bila ingat korang semua ..
And , one more thing ..
Hope , kita dapat hadapi exam nanti dengan jayanya ..
Doa nana mengiringi kalian .. :)

Ni picture's yang ada dalam simpanan nana ..
So , biar gambar yang berbicara .. :)
Akhir kata , maaf .. nukilan tak sesempurna mana .. :)



    nukilan hati
+diana desita+

Monday 11 June 2012

bilamana rumah kembali sunyi

Assalamualaikum ..
Sunyi je rumah ni bila takde adik nana tu .. Bila ada depan mata , asyik bertekak je .. Ada je benda yang tak kena .. Sampaikan kena tegur dengan mamapapa .. Biasalah , sedangkan lidah lagi tergigit , ni kan pulak adikberadik .. 

Adik nana pergi mana ?? Cuti sem da habis okay , so kenalah hantar tuan puteri tu kat melaka semula .. Balik dulu berjemput , pergi berhantar .. Kalau dulu dua kereta , now still dua kereta .. Bukan main banyak lagi barangnya .. Macam nak duduk kat sana terus je gayanya .. Then , nanti bila cuti sem balik .. kena angkut balik barang2 tu .. Aduyaii .. Memang sangat2 ringan barang tuan puteri tu , dapat pulak bilik tingkat dua .. Nasib tak pengsan .. ^_^

Apa2 pun , alhamdulillah .. Semuanya da selamat dan settle pun .. Kami sekeluarga menghantar tuan puteri a.k.a anak paling manja ni dan tunggu sampai dia settle kemaskan barang2 dia .. Bila jejak je kaki dalam bilik dia , nasibla .. adik kena tidur kat katil atas sekali ..
( Adik , tidur baik2 .. awak tu tidur lasak , kang accident lak )
Hehe .. :D

Okay , macam biasala .. Bila cerita nak habis je , mesti ada adegan sikit .. Hurmm , memandangkan da lama sangat bercuti .. then semalam berpisah semula ngan family , hujan lebat gak la suasana tu .. :)
Mama menangis , dan tak semena2 .. adik pun nangis .. Biasalah , nama pun anak manja .. So , memang terasa bila jauh ngan family .. Nana orang last sekali yg dia salam n kiss pipi ..
Nana tak sedih ?? 

Gila tak sedih , dialah satu2nya adik nana .. Yg paling nana sayang .. Dialah penawar , dia juga racun .. Tapi , seboleh2nya nana tahan air mata nana dari gugur depan mamapapa .. Nana takmau diorang sedih lagi .. Biarlah nana berlakon jadi kuat depan mereka .. Setidak2nya , mereka ada nana .. Dan nana tau , mereka perlukan sedikit kekuatan dan senyuman .. Mamapapa mesti rasa kehilangan , even untuk sementara . Tapi , nana taknak diorang fikirkan macam mana nana nak tempuh semua tu sorang2 ..

Biarla nana nangis bukan depan mamapapa .. Bila peluk adik , rasa macam takmau lepaskan dia .. Dulu , bila dia sedih .. dia nangis kat bahu nana .. Tapi , sekarang ni da jarang2 .. Takpe dik , even lepas ni akak kawen , adik still boleh nangis kat bahu akak .. :)
Okay , da ada angan2 nak kawen ni .. Hehe .. Tapi , tak tau la bila ..

Now , i'm so lonely .. Adik takde .. Mama ngan nenek balik kampung sudah .. Tinggal la nana ngan papa je .. Aduyaii , mau mati kutu kat rumah ni .. Ni yg malas ni .. Kena biasakan balik rutin harian without adik .. Sadis betul bunyinya .. Hurrm , hope SI DIA rajin2kan diri dan jari jemari untuk melayan kerenah nana ..

Okayla , mata da berat sangat ni .. Semenjak dua menjak ni , nana tak cukup rehat .. Tido pun sekejap2 je ..
Mood : rindukan mama , adik dan SI DIA .. 
Akhir kata , assalamualaikum .. :)

+ sincerely : diana desita +

Monday 12 March 2012

HAKIKAT

Assalamualaikum semua ..

Apa khabar ?? Sihat ?? 
Nana doakan yang terbaik untuk kalian .. Dan moga-moga, kita sentiasa dilindungi oleh rahmat kasih Nya .. Amin .. :))
Ari ni, nana nk luahkan something .. Pahit untuk nana telan semua ni sorang-sorang ..
Setelah lama nana menunggu "dia" mengungkap kebenaran, akhirnya hari ni terungkap juga semuanya ..
Ya Allah, pahit .. sakit .. pedih .. perit ..
Semua tu bermain-main dalam hati nana sekarang ni ..
Mesti semua tertanya-tanya pe yang da jadi kan ??
Nana takkan sekali-kali lupakan tarikh hari ni ..
Dah puas nana fikir mana silap nana, dah puas nana bertanya pe yang "dia" rahsiakan dari nana ..
Dan hari ni, "dia" terkedu bila lakonan "dia" selama ni terbongkar ..
"Dia" yang nana sayangkan selama ni rupa-rupanya da ada awek dan tak lama lagi nak bertunang .. Dan diorang da couple setahun pun ..
Ya Allah !! Menggigil badan nana ..
Marah ?? Yup, nana marah .. Marah bila ditipu macam ni sekali ..
Tak sangka, nana ambik hak orang selama ni ..
Sedangkan, ni lah yang nana cuba elakkan ..
Tapi, nana betul-betul tak sangka yang "dia" .. tak pernah berubah ..
Bila nana tanya kenapa dia buat nana macam ni ..
Jawapan dia " Sebab saya nak balas dendam atas apa yang membe nana da buat kat saya dulu .. Saya sakit hati yang teramat bila membe-membe nana tu main-mainkan saya" ..
Air mata nana jatuh .. Nana sendiri lagi dalam melewati semua ni ..
Dan nana sedih bila fikir, rupa-rupanya nana ni tempat dia melepaskan dendam dia ..
Ya Allah, nana tak sedih kehilangan cinta "dia" ..
Tapi, yang nana sedih bila banyak hati yang terluka dalam hal ni ..
Salah nana ke atas apa yang terjadi ??
Ya Allah, hanya pada Mu tempat aku bermohon ..
Kau KUATKANLAH hatiku, LAPANGKANLAH dadaku, PASRAHKAN aku untuk menerima semua ini ..
Memang ini yang nana harapkan .. Tapi, "dia" buat nana macam nana ni takde hati & perasaan je ..
Awak KEJAM !!
Benarlah kata orang ..
Hakikat tu memang sangat menyakitkan .. 
Tapi, sepahit manapun hakikat tu .. kita kena terima ..
Dan nana akui tu .. 
Cuma, macam-macam yang nana fikir sekarang ni ..
Layak ke nana diperlakukan sampai macam ni atas kesalahan orang lain ??
Adil ke bagi nana bila air mata nana tumpah sedangkan ini angkara mereka ??
Ya Allah, hanya kau yang Maha Mengetahui ..
Ku yakin pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi ..

AWAK -->
terima kasih wak ..
akhirnya saya tahu awak jenis lelaki yang macam mane ..
saya percaya pada KARMA ..
what u give, u get back .. what goes around comes around ..
semoga berbahagia atas KESAKITAN yang saya tanggung sekarang ni ..

+adiana nana+

Friday 3 February 2012

N : never makes u cry .. :))

Assalamualaikum semua ..
Semoga hari kita lebih baik dari semalam .. Insyaallah , amin .. :))
Hurmm , semenjak kebelakangan ni macam-macam jadi kat nana ..
Nana jadi blur untuk seketika ..
Takde mood nak buat assignment ..
Hurmm , alhamdulillah .. skang da siap pun assignmentnye ..
Da , bukan tu yang nana nak ceritakan ..
Story ni nana patut cerita bulan 12 ..
Tapi , disebabkan ke ' nyayuk' kan tu la buatkan nana asyik lupa je nak story mory ni ..
Bulan 12 tahun lepas , nana dapat present dari someone ..
Someone ?? Jangan fikir bukan2 .. Takde yang kedua pun , AZRIN still no 1 .. :))
Present tu sahabat baik nana yang bagi ..
Bila nana balik rumah dan buka present tu , rasa terharu .. serba salah pun de gak ..
Ye la , nana tak bagi pe pun kat dia ..
Sory sayang .. Nana tengah usahakan ni .. :))
Mula-mula , nana tak perasan sebarang keganjilan kat 'cawan' pemberian sahabat nana tu ..
Tapi , sahabat nana tu tanya kat nana bila kami jumpa di kolej " Nana perasan tak tulisan kat cawan tu ? " ..
Nana pun pelik .. Sebab nana tak terfikir nak belek2 cawan tu .. hehe ..
Balik je rumah , terus cari cawan tu ..
Bertambah terharu bila tengok tu tulisan tu ..
Menitik air mata nana .. Thankz sayang , for the first time .. nana jumpa lagi sahabat dunia akhirat nana ..
Nak tau tulisan apa ?? Semua da boleh agak kan ??
N : never makes u cry ..
Memang terharu gila2 ..
Selama ni , nana fikir mungkin takkan jumpa someone yang boleh dijadikan sahabat sejati ..
Nana bersyukur sangat .. Mungkin dia muda dari nana , tapi dia bijak menangani semua tu ..
Dan nana pun da anggap dia macam adik nana sendiri ..
#Ni kalau adik nana baca , mesti dia jeles .. Ye la , kakaknya ni suka sangat mengumpul kenalan untuk dibuat adik .. Adik , tak mau jeles2 .. Adik tetap juaranya .. hehe .. :))
Mesti semua orang nak tau siapa orangnya kan ?? Laki ke pempuan ...

Huurmm , nama dia Raja Faridatul Haina ..
Nana panggil dia Ain ..
Fakta tentang Ain :
#Seorang yang peramah .. :))
#Suka buat lawak .. Kadang-kadang , lawaknya boleh buat nana dan sahabat-sahabat yang lain jadi mereng .. Memang tak kering gusi ..
#Cakap main lepas .. Kalau siapa tak kenal Ain , memangla terasa .. Tapi , tu keistimewaan dia .. Sebab , disaat semua orang muka bertalam-talam .. dia tak buat macam tu okey !! 
#Tak berkira sangat dengan kawan-kawan .. Ada satu ari tu nana nak bayar duit print , dia boleh cakap " Nana , kalau nana bayar .. taknak kawan dengan nana " .. Kuat betul dia cakap .. Tapi , sikit pun nana tak terasa .. Sebab da faham hati masing-masing .. :))
#Sentiasa jadi diri dia yang sebenarnya .. Tak hipokrit .. :)) Tu yang paling penting ..

RAJA FARIDATUL HAINA 
Sayang , thankz sebab sudi jadi sahabat nana .. Sahabat dunia akhirat nana ..
Thankz sebab sudi dengar segala celoteh nana , masalah nana .. 
Thankz sebab de disisi nana saat nana down ..
Nana hargai sangat-sangat .. 
Kita berkawan bukan kerana harta , bukan kerana rupa .. Tapi kerana diri masing-masing ..
yg tengah ni la Ain ..
Teruskan menjadi diri sendiri k sayang ? 
Nana doa , semoga friendship ni akan kekal hingga akhir hayat ..
Nana akan sentiasa disisi Ain .. So , kalau de apa2 .. jangan malu-malu cari nana k ??
Seperti pesanan yang nana terima dari adik ain , jaga kak ain baik2 ..
Baik sis , akan cuba menggalas tugas tu .. :))
Insyaallah , nana takkan bagi Ain menangis kat kolej .. Okey sayang ??
Pasal present tu , serius .. nana terharu sangat-sangat ..
Sampaikan adik nana touching sebab tak dapat bawak cawan tu ..
Dan nana nak mintak maaf andai Ain de terasa hati dengan nana .. 
Kadang , mulut terlepas kata .. Sory tau ?? 
N : never makes u cry .. :))
Yang terakhir , nana doakan Ain bahagia selalu .. 
Jangan ambik pusing pe yang ' mulut-mulut ' sumbang tu mengata .. 
Biarkan je k ?? Yang penting , Ain tau siapa diri Ain ..
Love u Ain .. Take care tau ..

Untuk kawan-kawan yang lain , maaf sebab tak mention atau cerita pasal korang ..
Tunggu ada story , nana update lagi k ?
Tak mau merajuk or touching-touching ..
Hurrmm , rasanya panjang lebar nana celoteh ..
Cukup sampai sini dulu story nana ..
Insyaallah , kalau diizinkan Allah .. dipanjangkan umur .. kita jumpa lagi ..
Akhir kata , assalamualaikum .. :))

                                       +diana desita+
(sayasayangsangatsangatKHAIRULAZRINdansahabatsahabatsaya)

Thursday 29 December 2011

UMIKASHRAH BTE DZULKAPLI

Assalamualaikum semua .. :)
Apa khabar ?? Sihat ??
Ari ni , mood nak meng update datang ..
So , nana nak update ..
Sape yang tengok tajuk kat atas , mesti pelik kan ?? Nama siapa tu ??
Hurmm , nana nak cerita pasal sahabat satu kolej nana ..
Namanye pun da ditulis di atas tu , Umikashrah Bte Dzulkapli atau nama panggilannya kak umi ..
Nape panggil kak umi ?? Sebab dia lebih tua dari nana ..
Gambarnye seperti yang anda lihat ni .. :))
Comel je orangnye ..
Firstly nana masuk study dulu , nana xterfkir pun umurnye 24 ..
Hurmm , bile da lama kenal2 .. baru tau .. :))
Bak kata pepatah , xkenal , maka xcinta ..
Ok , sambung crite pasal kak umi ..
Antara percaya atau tidak , sem 1 da melabuhkn tirainye ..
Sedih sangat2 ..
Sebab de yang xsambung sem 2 .. Termasukla kak umi ni ..
Actually , kak umi da nk kawen ..
Tahniah kak umi ..
Nana doakan kak umi sentiasa bahagia n kekal hingga ke akhir hayat ..
Bak kate abg nana , perkawenan ni bukan benda remeh .. bukan benda senang ..
Andai silap percaturan , pe yang dibina akn goyah ..
Nana doakan yang terbaik untuk akak ..
Thankz sebab selama ni sudi jadi sahabat nana ..
Berkongsi susah , senang , suka dan duka bersama2 ..
Sudi meminjamkan telinga mendengar celoteh nana , masalah nana ..
Nana sayangakn smue shbt2 nana ..
Terutama sekali group kite .. Aik , group ?? :))
Walaupun 6bln , cukupla menyerlahkan perangai gila2 kami ..
Tapi , kak umi .. nanti da kawen xleh buat perangai gila2 tu lagi eh ?? :))
Ok , akhir kata .. semoga menjadi isteri yang solehah ..
Amin .. :))
Jangan lupekan kami kat sini ye ?? :)) Kami akan merindui akak lepas ni ..
Jangan terus lost contact k ??

#agaknyela kn , sape punye turn lpas ni ?? :))